

8 tahun lepas. Inilah award Ahyat yg pertama pada tahun 2013. Top 40 under 40 anjuran Prestige Magazine bersama RHB Bank.
Sehingga hari ini, Ahyat masih tak tahu siapa yg calonkan Ahyat. Tahu2 diminta utk hadir interview. Memang panjang lebar dan mendalam soalan2 nye. Mereka semak dokumen2 syarikat termasuk dokumen2 kewangan.
Dalam interview Ahyat hanya berkongsi tentang perjuangan. The big why. The purpose of the business. Masa tu ingat lagi, team yg interview tu macam terpakuu. Huhuu!
Bila kita ada peluang nak kenalkan diri, fpkus pada perjuangan anda. Kongsikan kebimbangan anda. Kongsikan kerisauan anda dalam bidang yg anda ceburi. Lepas tu beritahu apakah solusi yg anda bawa dalam perjuangan itu.
Percayalah, orang akan lebih ingat anda banding dgn 10,000 orang lain yg hanya kenalkan diri mereka dgn nama dan jawatan dan apa yg mereka buat. Silap2, namecard yh diberi tu pun dah hilang. Kalau tak hilang pun, orang tu tak ingat pun siapa punye namecard tu. Kan kan kan!
Perjuangan Ahyat ialah nak bantu usahawan bina empayar bisnes dan empayar hartanah. Ahyat bimbang lihat usahawan. Mereka lagi susah nak beli rumah banding orang makan gaji. Macam tak caya kan?!
Usahawan dan orang berniaga ni kadang2 dah bertahun2 lamanye berniaga tapi takde aset. Takde rumah sendiri. Takde premis bisnes sendiri. Tak salah menyewa tapi kerana mereka tak tahu caranye, akhirnye mereka terlepas peluang utk bina kekayaan dgn memiliki hartanah sendiri.
Ahyat jugak risau tengok usahawan yg dah sedar dan dah beli pun hartanah. Tapi dah terbeli raksaksa penyedut duit. Jadi lagi rugi dan sengsara kerana hartanah. Kerana tak beli dengan #bijak #selamat #bertanggungjawab.
Tahukah Anda?
- Usahawan ni kalau ikutkan pendapatan sepatutnya lebih besar daripada orang makan gaji. Tapi orang berniaga lagi susah nak lulus pembiayaan!
- Usahawan ni dah lama berniaga tapi tak ada apa-apa aset bawah nama sendiri ataupun nama syarikat!
- Usahawan masih menyewa premis perniagaan dan tiap-tiap tahun kena buli dengan pemilik bangunan dengan kenaikan sewa!
- Usahawan yang dah boleh beli hartanah tersilap lah pulak beli hartanah yang tak bagus dan akhirnya jadi raksasa penyedut duit pemilik perniagaan dan duit syarikat!
- Usahawan tertekan dengan masalah aliran tunai kerana tak tahu cara mudah untuk bina telaga duit yang boleh jadi bank sendiri ketika aliran tunai tenat!
- Usahawan yang dah tersilap strategi makin kusut hidup kerana tak reti nak menguruskan hartanah yang dibeli
- Usahawan tak tahu bagaimana nak cipta enjin turbo kedua untuk melajukan keupayaan dia buat duit