TAHUN 2021: TAHUN TERBAIK BELI RUMAH

REBUT TIKET PADA PROMO SUPER EARLY BIRD BAGI
SEMINAR “MISI BELI RUMAH”

 

REBUT TIKET PADA CORPORATE SALES BAGI SEMINAR “MISI BELI RUMAH”

Akses Satu (1) Hari Seminar MBR 2021: Edisi Penjawat Awam (bernilai RM397)

Program ini telah berjaya melahirkan ramai yang celik hartanah. Ahyat akan dedah kan banyak ilmu perang Art of War In Property!

Ahyat akan pastikan anda mulakan hartanah dengan keyakinan dan berkahir dengan kejayaan. Kejayaan itu pasti untuk orang orang yang tak pernah berputus asa mencari ilmu.

E-Workbook MBR 2021: Edisi Penjawat Awam (bernilai RM297)

E-Workbook MBR 2021: Edisi Penjawat Awam yang dihasilkan 100% komitmen oleh Ahyat adalah bertujuan untuk anda lihat dan lebih jelas perkongsian yang akan dibawakan sepanjang program berlangsung.

E-workbook ni akan memudahkan anda untuk membuat rujukan di masa hadapan juga!

Bonus 1: Video Sniper Hartanah (2 Video) (bernilai RM197) 

Video #1: Entry Hartanah

Sebuah Video berdurasi 22minit yg penuh dgn tips & trick. Kena tahu ‘Entry’ dulu sebelum nak masuk ke mana2 gelanggang hartanah!

Apa tu entry? Entry adalah masa kita nak beli hartanah! The best part dalam hartanah, adalah bila kita berjaya kaut keuntungan sewaktu beli, bukan waktu jual aje. Ahyat akan bongkarkan banyak rahsia2 hartanah dlm video ni!

Video #2: Teropong Hartanah

Video khas eksklusif selama 20 minit tentang teropong hartanah. Apa yg kita nak teropong? Harga? Lokasi? Tempat? Dan keadaan sekeliling hartanah tu sebelum kita nk beli! Betul tak?

Ahyat akan kongsi tips & cara mudah utk engkorang teropong hartanah tu! Ahyat bagi percuma lagi 5 insight percuma dari Property Advisor.

Bonus 2: 10 Kredit Percuma Property Advisor (bernilai RM10) 

Antara ‘Database’ hartanah online terbesar di Malaysia Anda boleh guna kredit ini untuk unlock banyak data2 dalam platform ini.

Mungkin harganya tak mahal mana tapi value dia mahal wo! Anda boleh semak maklumat rumah mcm harga tengah, jumlah transaksi & graf rumah yg anda cari tu hanya di hujung jari sahaja. Best ke best sangat?

Bonus 3: FAQ Popular Penjawat Awam (2 FAQ) (bernilai RM297) 

FAQ #1: 30 Soalan Popular Perumahan Penjawat Awam

FAQ #2: 100 Soalan Lazim Pembiayaan Rumah Penjawat Awam

Bonus 4: Checklist Kemampuan Pembiayaan Beli Hartanah (bernilai RM197) 

Kejelasan akan mencipta kuasa. Apabila kita jelas dengan kemampuan diri sendiri, kita tahu susunan belanja bulanan dengan baik, tahu action plan untuk bebas beban hutang, dan tahu ending game yang kita ingin capai dalam hartanah, semuanya akan memudahkan perjalanan kita!

Bonus 5: Laporan RH: Radar Hartanah (2 Laporan)(bernilai RM497) 

Laporan RH: Top 10 Transaksi Hartanah di GKL, JB, & P. Pinang

Ahyat akan kongsikan lokasi lokasi best mengikut peta untuk top 10 negeri dalam Malaysia!

Mungkin pada awal kita akan rasa keliru dan blur untuk pilih kawasan mana yang terbaik untuk membina empayar atau sebagai pelaburan kita. Jadi ini adalah peluang untuk anda tahu kawasan spot light dalam Malaysia sendiri!

Laporan RH: Sniper Stesen MRT LRT BRT di GKL, Pulau Pinang & Johor

EBook yg berwarna penuh lengkap dgn informasi & peta Ahyat & team dah susun dan plotkan lokasi-lokasi stesen MRT, LRT, BRT TERPILIH di seluruh Malaysia.

Senang anda nk teropong, sniper & tembak terus hartanah yg hot. Tentulah kena #layak dan #mampu dulu!

Tahukah Anda?

53% penjawat awam belum memiliki rumah sendiri

(Anggaran 1.6 juta adalah bilangan penjawat di seluruh Malaysia)

Berdasarkan kajian kami daripada pengalaman mendidik penjawat awam tentang pemilikan hartanah, berikut adalah 4 kategori utama yang menyebabkan Penjawat Awam tidak memiliki rumah:

Tidak mahu: Ada penjawat awam yang memang tidak mahu beli rumah atas pelbagai sebab dan selesa menyewa atau menumpang

Belum mahu: Ada penjawat awam yang belum mahu beli rumah kerana masih muda dan masih duduk dengan mak ayah, atau walaupun sudah lanjut usia tapi duduk kuarters dan hanya akan memikirkan tentang hal rumah sebelum bersara nanti

Mahu tapi tidak tahu: Ada penjawat awam yang mahu beli rumah tapi tak tahu bagaimana nak beli, tak tahu keayakan, tak tahu lokasi, tak tahu bahaya, tak tahu peluang, dan sebagainya

Mahu tapi tidak mampu: Ada penjawat awam yang mahu beli rumah tapi dalam keadaan keberhutangan yang tinggi, profail kewangan tak cantik, beban komitmen hutang tinggi atau kedudukan pendapatan yang tidak setara dengan harga rumah

 

Tahukah Anda?

> 95% penjawat awam berhutang

> 47% hutang itu adalah jenis penggunaan (consumer debt) seperti personal loan, kad kredit dsb

> 42% penjawat hanya layak pembiyaan sehingga rm200,000

> 21% Penjawat Awam berkelayakan sehingga rm270,000

Isu-isu kewangan lah yang merupakan antara punca paling kritikal menyebabkan Penjawat Awam tidak dapat memiliki rumah.

PADA WAKTU YANG SAMA. TAHUKAH ANDA?

> 63% penjawat awam berumur di bawah 40 tahun

> 48% penjawat awam menetap di 4 negeri utama: Selangor, KL, Pulau Pinang dan Johor

Ramai penjawat awam muda. Pada usia muda inilah sepatutnya mereka boleh mula merancang untuk pemilikan hartanah. Dan kebanyakan penjawat awam ini menetap di 4 negeri utama di mana harga median rumah juga antara yang paling tinggi di negara

PENJAWAT AWAM TAK SEDAR...

Penjawat Awam mengimpikan rumah impian yang indah. Penjawat Awam juga mengimpikan mencipta kekayaan dengan pelaburan hartanah. Namun, ramai penjawat awam yang tidak sedar:

1. Penjawat Awam tak sedar bahawa tahun 2021 adalah tahun terbaik untuk beli rumah sekiranya mereka sudah bersedia.

2. Penjawat Awam tak sedar bahawa tahun 2021 masa keemasan beli rumah tanpa modal.

3. Penjawat Awam tak sedar payslip mereka itu sangat berkuasa di mata bank.

4. Penjawat Awam tak sedar bahawa mereka senang sangat nak lulus pembiayaan perumahan walaupun di ketika syarat bank yang ketat.

5. Penjawat Awam tak sedar bahawa pelaburan hartanah dengan perancangan yang betul boleh selesaikan masalah kewangan mereka dan bantu mereka capai impian hidup mereka.

6. Penjawat Awam tak sedar bahawa pemilikan hartanah yang tidak dirancang dengan baik akan buat hidup mereka sengsara

7. Penjawat Awam tak sedar bahawa rumah idaman atau rumah pelaburan yang terhebat ada di hadapan mereka tanpa mereka sedari

Memperkenalkan

Setelah lebih 18 tahun melabur hartanah sejak tahun 2003, dan setelah mula mengajar hartanah sejak hampir 10 tahun lepas bermula pada tahu 2010, Ahyat telah betemui ramai penjawat awam dalam program-program yang dianjurkan diseluruh negara.

 

Syukur Alhamdulillah melalui program-program Pejuang Hartanah, Ahyat dan team dapat membantu ramai Penjawat Awam berjaya dalam bidang ini.

 

Kami telah mengutip pengalaman yang amat berharga melalui case study kejayaan dan cabaran yang spesifik kepada Penjawat Awam yang kami telah bantu.

 

Semua formula kejayaan ini telah kami uji dan perbaiki setelah bertahun-tahun dalam membantu ramai penjawat Awam mencapai impian hartanah mereka.

 

Formula kejayaan inilah yang kami bakal bongkarkan dalam program MBR: Misi Beli Rumah edisi khas Penjawat Awam Ini adalah julung-julung kali kami anjurkan program khas buat Penjawat Awam kerana mahu benar-benar membantu Penjawat Awam dalam mencapai kejayaan dalam pemilikan dan pelaburan hartanah

9 Kebimbangan Ahyat

Program ini tiba pada masa yang sangat kritikal. COVID19 telah memberi impak yang sangat besar dalam ekonomi Malaysia dan khususnya kepada pasaran hartanah.

Isu pemilikan hartanah dalam kalangan penjawat Awam juga telah mencapai satu tahap kritikal yang baru. Ahyat semakin bimbang..

#1 Ahyat bimbang ramai penjawat awam yang tinggal di kuarters menjadi leka dan hanya akan memikirkan untuk beli rumah bila nak bersara dan sudah terlambat

#2 Ahyat bimbang ramai penjawat awam yang terjebak dengan hutang-hutang yang tak produktif yang tak terurus sehinggakan merosakkan ’credit score’ dan profail kewangan mereka

#3 Ahyat bimbang ramai penjawat awam tidak celik kewangan sehingga tiada matlamat kewangan menyebabkan mereka banyak berhutang dan tiada langsung simpanan

#4 Ahyat bimbang ramai penjawat awam membazir kuasa payslip mereka yang sangat berkuasa tanpa bina profail kewangan yang cantik

#5 Ahyat bimbang ramai penjawat awam tak sedar bahawa mereka terlepas senjata super power yang hanya ada pada mereka iaitu pembiayaan khas penjawat awam

#6 Ahyat bimbang ramai penjawat awam yang sudah ada profail kewangan yang cantik tapi akhirnya tersilap beli hartanah dan sengsara menanggungnya

#7 Ahyat bimbang ramai penjawat awam yang tersilap beli lokasi hartanah yang salah kerana selalu berpindah randah disebabkan dipindah tempat kerja oleh pihak kerajaan

#8 Ahyat bimbang ramai penjawat awam yang sepatutnya berupaya dan mampu tidak dapat sama-sama memperjuangkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang kita

#9 Ahyat bimbang ramai penjawat awam akan terlepas peluang2 membeli rumah pada masa keemasan tahun 2021

Tahun 2021, tahun terbaik beli rumah?

Ramai yang tidak tahu bahawa tahun 2021 merupakan tahun yang terbaik untuk beli rumah. Malah ramai yang mengatakan sebaliknya terutama apabila mendengar banyak berita-berita negative di media dan di media sosial.

Tanpa mereka sedari, semua isu-isu yang mereka dengar itu merupakan signal bahawa terdapat peluang-peluang terhebat bakal malah sedang menjelma dalam pasaran hartanah sekarang

Objektif MBR: Edisi Penjawat Awam

Bantu penjawat awam beli rumah pertama...

#2 Bantu penjawat awam beli rumah pelaburan pertama

#3 Bantu penjawat awam mulakan langkah bina empayar hartanah

FORMULA VPH: VICTORY PEJUANG HARTANAH

Hanya yang benar-benar bersedia akan mampu merebut peluang-peluang terindah dalam tahun 2021.

Persediaan yang paling penting sebelum masuk ke dalam medan perang seperti medan hartanah ialah persediaan bekalan senjata ilmu!

Program MBR2021: Misi Beli Rumah edisi khas Penjawat Awam akan membongkarkan Formula Victory Pejuang Hartanah yang telah membantu beribu rakyat Malaysia terutamanya Penjawat Awam mencapai kejayaan dalam pelaburan hartanah.

Formula ini terdiri daripada lima (5) modul penting:

MODUL 1: PERJUANGAN

Hidup Satu Perjuangan. Inilah kata-kata keramat yang menjadi tunjang kepada perjuangan hartanah. Insan-insan paling Berjaya di dunia telah menemui rahsia ini.

Setiap perjuangan mesti dimulakan dengan niat dan objektif yang betul supaya kita tidak tersasar daripada keberkatan dan keredhaan Allah.

 

Modul pertama ini bantu peserta selaraskan semula perjuangan hidup dan perjuangan hartanah untuk capai kejayaan yang paling agong!

MODUL 2: MASTERPLAN HARTANAH

Ilmu ini akan menjadi landasan kejayaan penjawat awam dalam menyusun strategi hartanah bagi memecut kejayaan.


Ilmu lejen menjadi salah satu trademark dalam semua program-program Pejuang Hartanah yang telah merubah kehidupan beribu rakyat Malaysia.


Ingat, kalau nak beli gajet, boleh plan. Kalau nak beli kereta, boleh plan. Tapi kalau nak beli rumah, mesti ada Masterplan Hartanah!

MODUL 3: PROFAIL PELABURAN

Segala keputusan hartanah adlaah keputusan kewangan. Kalau nak Berjaya dalam dunia hartanah tak cukup untuk setakat bina profail kewangan tetapi kita mesti persiapkan profail pelaburan kita.

 

Ini adalah asas kepada kejayaan apa-apa jua jenis pelaburan, lebih-lebih lagi pelaburan hartanah. Dengan asas yang kuat dan perancangan yang betul, penjawat awam akan mampu mencipta kejayaan dan kekayaan yang menakjubkan.

MODUL 4: SNIPER HARTANAH

Setelah landasan kejayaan dan profail pelaburan dibina, barulah Penjawat bersedia untuk serang. Untuk mencapai victory dalam dunia hartanah, kita mesti bekalkan diri dengan ilmu-ilmu perang khusus untuk merebut peluang-peluang terhebat.

 

Modul ini akan membongkarkan ilmu perang Entry Hartanah untuk teropong hartanah gred emas di dari perspektif Lokasi, Produk dan Harga yang

MODUL 5: SERANGAN PERTAMA

Ilmu tanpa Tindakan adalah sia-sia. Modul ini akan membongkarkan Teknik step by step untuk mulakan langkah dalam dunia hartanah.

 

Ini mungkin Langkah pertama untuk membeli rumah idaman untuk keluarga mahupun Langkah pertama untuk bina empayar hartanah yang menakjubkan. Bila Langkah pertama dimulakan dengan betul, ini akan memudahkan kita mencapai kejayaan yang menakjubkan

SIAPA
AHYAT ISHAK?

Ahyat merupakan pengasas dan master trainer untuk komuniti Pejuang Hartanah yang telah diasaskan sejak tahu 2013.

 

Beliau telah mula melabur hartanah pertama 18 tahun dahulu pada tahun 2003 dan mula mendidik masyarakat tentang pelaburan hartanah sejak tahun 2012. Dalam 9 tahun itu seramai lebih 20,000 orang rakyat Malaysia telah mengikuti program- program hartanah Ahyat Ishak.

 

Kepakaran Ahyat ialah membantu individu dan usahawan membeli hartanah pertama untuk tujuan duduk sendiri atau pelaburan dan membantu mereka mulakan Langkah untuk bina empayar hartanah yang menakjubkan.

 

Semua modul dalam program-program Pejuang Hartanah adalah berlandaskan formula yang beliau sendiri telah gunakan dalam membeli hartanah bernilai berpuluh juta dan membantu peserta-peserta program membeli hartanah yang mampu mencecah lebih seratus juta secara keseluruhan.

 

Ahyat Ishak juga telah mengasaskan program Kembara Hartanah di mana beliau telah mengembara ke seluruh dunia untuk belajar tentang ilmu pelaburan hartanah.

 

Kisah Kisah jatuh bangun Ahyat Ishak telah dikongsikan dalam pelbagai platform media seperti TV Alhijrah, TV3, RTM, Bernama TV, Capital TV. Pendapat dan komentar beliau tentang industi hartanah juga di rakam dalam media seperti Focus Malaysia, The Star, NST, Berita Harian, Utusan Malaysia, dan banyak lagi.

 

Ahyat Ishak merupakan pendidik hartanah yang mempunyai segmen tetap berjudul Jihad Hartanah dalam program PSF di TV AlHijrah selama 6 musim, program House Hunt di Capital TV dan program Istana Impian Bersama pelakon Azhar Sulaiman sebagai hos di RTM. Ahyat Ishak juga menjadi hos Bersama Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam program Minda Syariah di TV AlHijrah.

 

Ahyat Ishak adalah penerima pelbagai anugerah antaranya Malaysia Top 40 under 40 pada tahun 2013, 100 Most Influential Young Entrepreneur atau MIYE2018 dan Anugerah Industri Hartanah Niagatimes 2019.

 

Dari sudut Pendidikan, Ahyat mempunyai ijazah IT: Information Technology dari UNITEN dan MBA in Strategic Marketing dari USQ: University of Southern Queensland Australia.

 

Sekiranya Ahyat tidak berada dalam sesi pengajaran dalam program-program Pejuang Hartanah dan dalam media, Ahyat seorang usahawan yang memiliki beberapa syarikat menjalankan perniagaan dalam bidang servis, trading, teknologi, pertanian, training dan lain-lain.

 

Ahyat telah dilantik sebagai penasihat hartanah oleh beberapa syraikat berhad yang sedang dalam proses disenarai di bursa saham. Ahyat juga adalah seorang UM: Unit Manager di Great Eastern Takaful Berhad bernaung di bawah ejensi IYCSB sejak 2017 dan dikategorikan sebagai Mega Leaders untuk 3 tahun berturut.

 

Beliau penulis buku TSPI: The Strategic Property Investor pada tahun 2013 yang menjadi bestseller, dan juga buku Pejuang Hartanah: 40 Pesanan Buat Pelabur Baru yang juga merupakan buku hartanah pertama yang telah dijadikan audiobook di Malaysia.

 

Ahyat Ishak telah menjadi orang pertama yang menganjurkan program-program hartanah berskala mega iaitu MPH: Mega Pejuang Hartanah pertama kalinya pada tahun 2016.

 

Beliau juga telah menganjurkan program beliau sendiri dan dijemput sebagai trainer di dalam dan luar Malaysia.

 

Ahyat Ishak merupakan CPT: Certified Professional Trainer daripada IPMA, UK dan juga adalah seorang jurulatih bertauliah di bawah PSMB Malaysia. Ahyat pernah dilantik sebagai konsultan dan penceramah oleh hampir 60 pemaju terbesar di Malaysia.

 

Beliau juga pernah memberi ceramah hartanah di ekspo-ekspo terbesar di Malaysia dan luar Malaysia.

 

Ahyat juga mendapat jemputan daripada ajensi-ajensi kerajaan seperti BNM: Bank Negara Malaysia, Istana Negara, PNB, Khazanah Nasional, dan lain-lain.

 

Ahyat juga gemar memberi ceramah hartanah, kewangan dan motivasi kepada pelajar university UITM, Taylors dan banyak lagi.

 

Kini Ahyat giat menganjurkan program-program hartanah dan bisnes secara online.

 

Impian beliau adalah agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia mengecapi impian hidup mereka dengan pelaburan hartanah yang bijak, selamat dan bertanggungjawab.

Galeri Ahyat

Apa Kata Mereka Yang Dah Belajar dengan Ahyat?

SUCCESS STORIES

Jom kita lihat success stories dari student-student yang lepas selepas mereka sertai Program Misi Beli Rumah

Dr Klinik Kesihatan Kerajaan di Negeri 9

Dulu suka tengok rumah semi D 40×80 RM380k undercon. Tapi perasaan TAKUT lagi tebal. Saya mula buat carian di FB mengenai hartanah, sekali muncul yuran murah RM50 tentang Program Pejuang Hartanah. Tanpa fikir panjang, saya terus daftar! 

 

Dari kelas tuan ahyat, saya mula susun kewangan saya, dan apabila saya yakin bahawa saya LAYAK utk membeli rumah, sy mula mengubah niat dari membeli rumah untuk duduk sendiri kepada membeli rumah untuk disewa kan setelah membuat kira2 hartanah dan setelah ditimbang tara kan risks and benefits. Saya yakin saya MAMPU.

 

Akhirnya saya berjaya miliki sebuah rumah teres 2 tingkat terletak di Seremban. Lokasi yang sangat strategik dengan harga BELOW MARKET VALUE. Rumah tersebut juga saya sewakan per bilik with fully furnished.

 

-Dr Atikah Hasbelah

Pegawai Perubatan Kerajaan Pahang

Saya mula mengenali Tuan Ahyat Ishak ketika beliau bersama Dato’ Dr Daud Bakar di rancangan TV Al Hijrah pada tahun 2017. Pada Nov 2017 saya dan isteri menyertai Misi Beli Rumah di Shah Alam yang dibanjiri lebih seribu orang peserta.

 

Alhamdulillah , berkat ilmu yang dipelajari, dengan izin Allah saya berjaya membeli rumah lelong di Petaling Jaya pada 2019 dengan harga 25% ‘BMV’ + rental yield 9.3% dan positive cashflow setiap bulan hasil kutipan sewa. 

 

Terima tidak terhingga kepada Ahyat dan team kerana gigih dan gagah mendidik masyarakat terutamanya bangsa Melayu untuk berjuang memiliki hartanah di tanah air sendiri!

 Abdul Rahman

 

SIAPA YANG PATUT HADIR?

> Penjawat Awam yang tetap mahupun yang kontrak

> Penjawat Awam peringkat persekutuan, negeri dan daerah

> Kakitangan badan-badan berkanun

> Kakitangan GLC: Government Linked Companies

> Penjawat Awam Kategori Pendidikan: Guru, Pensyarah, Professor, dsb

> Penjawat Awam Kategori Kesihatan: Doktor, Jururawat, dsb

> Penjawat Awam Kategori Penguatkuasaan: Polis, Tentera, JPJ, SPRM, dsb

SESI PEMBELAJARAN INI AKAN DIBUAT SECARA ONLINE...

Program ini akan diadakan secara online di platform Zoom. Anda boleh dapatkan akses di smartphone, laptop dan desktop. Anda boleh belajar di mana saja anda berada asalkan ada sambungan internet.

LEBIH 20,000+ TELAH HADIR KE PROGRAM-PROGRAM HARTANAH SEJAK 2012

CORPORATE SALES!

5 Tiket - RM50

1 Tiket - RM97

KAMI MENERIMA BAYARAN SEPERTI DIBAWAH:

Misi Beli Rumah: Edisi Penjawat Awam

Nak tanya
soalan?

Jika anda perlukan bantuan lebih lanjut, klik butang di bawah untuk hubungi team kami..

© Pejuang Hartanah Copyright 2021. All Rights Reserved.

 

DISCLAMER: Seminar “Misi Beli Rumah Edisi Penjawat Awam” ini direka bagi membimbing peserta untuk belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan dalam bisnes. Walaupun usaha sebaiknya telah diambil untuk mengekalkan Privasi Pelanggan, Misi Beli Rumah Edisi Penjawat Awam tidak memberikan jaminan dalam hal ini untuk segala maklumat yang dikomunikasikan oleh dan antara peserta dalam program ini. Kejayaan peserta juga merupakan hasil daripada beberapa faktor termasuklah bimbingan berterusan, ilmu pengetahuan, motivasi, niat peribadi, sikap, ketekunan, kerja keras dan tekad.